Makanan Melayu Bahagian I

sup-belut

Assalamualaikum w.b.t.,

Seperti yang kita tahu, sup merupakan makanan yang paling baik untuk kesihatan tak kira peringkat usia. Apa yang menarik, saya suka makan sup belut kerana sup tue boleh membuatkan kita lebih kuat dan cergas. Sup tue jgk dapat membantu untuk kesihatan terutamanya apabila kita demam.

 

SUP BELUT

Bahan-bahan :

Belut – dipotong kecil dan dibersihkan dgn air asam jawa.
6 ulas bawang merah – dimayang
3 ulas bawang putih – dimayang
1 labu bawang besar – dibelah 4
2 inci halia – diketuk
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 sudu kecil lada hitam
1 sup bunjut
10 biji cili padi – diketuk
garam dan gula secukup rasa
daun sup
daun bawang

Tumiskan bawang merah, bawang putih dengan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga serta lada hitam sehingga bawang garing.
Masukkan air.
Kemudian masukkan halia dan sup bunjut.
Apabila mendidih, masukkan belut.
Garam dan gula secukup rasa.
Masukkan cili padi, bawang besar.
Renihkan sup.
Hidangkan dengan hirisan daun bawang dan daun sup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s