Hukum Mad

    • Mad Asli / Mad Thob’i
    • Mad Wajib Muttasil
    • Mad Ja’iz Munfasil
    • Mad Lin
    • Mad Badal
    • Mad Tamkin
    • Mad ‘iwadh
    • Mad Arid Lissukun
    • Mad farq
    • Mad Silah Qasirah
    • Mad Silah Tawilah
    • Mad Lazim Muthaqqal Kalimi
    • Mad Lazim Mukhaffaf Kalimi
    • Mad Lazim Muthaqqal Harfi
    • Mad Lazim Mukhaffaf Harfi

 

Mad Asli / Mad Thob’i

Mad Asli atau Mad Thob’i adalah memanjangkan bacaan di karenakan ada huruf mad ( ا , و , ي), dan tidak ada sebab yang dapat mengubah keasliannya.

  • Mad Asli atau Mad Thob’i di panjangkan sepanjang 2 harakat
  • Contoh – contoh mad asli:

Mad Wajib Muttasil

Mad Wajib Muttasil terjadi apabila mad asli atau mad thobi’i bertemu dengan huruf hamzah ( ء ) dalam satu kata

  • Cara membaca mad wajib muttasil adalah mad di panjangkan menjadi 4 atau 5 harakat
  • Contoh – contoh mad wajib muttasil

 

Mad Ja’iz Munfasil

Mad Ja’iz Munfasil terjadi apabila mad asli atau mad thobi’i bertemu dengan huruf hamzah ( ء ) dalam dua kata

  • Cara membaca Mad Ja’iz Munfasil adalah mad di panjangkan menjadi 4 atau 5 harakat
  • Contoh – contoh Mad Ja’iz Munfasil

Mad Lin

Mad Lin atau Mad Layyin terjadi di huruf berbaris atas (fathah dan dhomah) bertemu dengan huruf ya ( ي ) atau wau ( و ) bertanda sukun, sedangkan di depannya lagi ada satu huruf lagi yang di matikan karena waqaf (berhenti).

Atau dalam bahasa penjelasan yang lebih mudah,
adalah bacaan miring (lin) bertemu satu huruf yang di matikan karena waqof (berhenti)

Yang di maksud bacaan miring (lin) adalah bacaan yang berbunyi seperti
– “Ai” = fathah bertemu ya,
– “Au” = fathah bertemu wau.

Mad Lin atau Mad Layyin terjadi hanya jika berhenti (waqaf).

  • Cara membaca Mad Lin atau Mad Layyin adalah di panjangkan 2, 4 atau 6 harakat
    jika anda bertanya jadi 2, 4 atau 6 harakat ? ya, anda boleh pilih yang mana saja, hanya saja anda harus konsisten pada pilihan pertama jika anda menemukan bacaan serupa hingga akhir bacaan.
  • Contoh – contoh Mad Mad Lin

Mad Badal

Mad Badal terjadi jika hamzah ( ء ) bertemu dengan huruf-huruf mad.

  • Cara membaca Mad Badal adalah di panjangkan 2 harakat.
  • Contoh – contoh Mad Badal

 

Mad Tamkin

Mad Tamkin adalah mad pada huruf ya ( ي ) yang bertasydid dan juga berkasroh ( يِّ )

  • Cara membaca Mad Tamkin adalah dengan panjang 2 harakat.
  • Contoh – contoh Mad Tamkin

Mad ‘iwadh

Mad ‘iwad terjadi jika berhenti (waqaf) pada huruf yang berbaris fatha tain ( ً).
Kecuali pada huruf ta marbuthah ( ة ).

  • Cara membaca Mad ‘iwadh adalah tanwin (an) di hilangkan dan di baca seperti fatha biasa (a) dengan panjang 2 harakat.
  • Contoh – contoh Mad ‘iwadh

 

Mad Arid Lissukun

Mad Arid Lissukun terjadi di ketika berhenti (waqof) di akhir ayat sehingga mematikan huruf terakhir sedang sebelum huruf yang dimatikan tersebut terdapat mad asli.

  • Cara membaca Mad Arid Lissukun kadar panjang bacaannya adalah 2, 4 atau 6 harakat.
  • Contoh – contoh Mad Arid Lissukun

 

Mad farq

Mad farq adalah mad yang terhasil dari pertemuan mad badal dan huruf yang bertasydid.
Dinamakan mad farq karena untuk membedakan bahawa hamzah tersebut adalah hamzah untuk bertanya “apakah?”.
Juga dikenali dengan nama mad istifham (pertanyaan).

  • Cara membaca Mad farq kadar panjang bacaannya adalah 6 harakat.
  • Contoh – contoh Mad farq

 

Mad Silah Qasirah

Mad Silah Qasirah mad yang terjadi apabila “ha dhamir” (kata ganti) berada di antara dua huruf yang berbaris ( bukan huruf mati).

  • Cara membaca Mad Silah Qasirah kadar panjang bacaannya adalah 2 harakat.
  • Contoh – contoh Mad Silah Qasirah

 

Mad Silah Tawilah

Mad Silah Tawilah adalah mad yang terjadi jika “ha dhamir” (kata ganti) bertemu huruf hamzah yang berbaris dan huruf sebelum “ha dhamir” tersebut juga berbaris.

  • Cara membaca Mad Silah Tawilah kadar panjang bacaannya adalah 4 atau 5 harakat.
  • Contoh – contoh Mad Silah Tawilah

 

Mad Lazim Muthaqqal Kalimi

Mad Lazim Muthaqqal Kalimi terjadi apabila mad asli bertemu dengan huruf bertasydid dalam satu kata.

  • Mad Lazim Muthaqqal Kalimi di baca panjang 6 harakat.
  • Contoh – contoh Mad Lazim Muthaqqal Kalimi

 

Mad Lazim Mukhaffaf Kalimi

Mad Lazim Mukhaffaf Kalimi terjadi apabila huruf mad bertemu oleh huruf yang berbaris sukun dalam satu kata. Hanya terdapat pada 2 tempat di dalam Al-Quran:
— (Yunus : 51)
— (Yunus : 91)

  • Mad Lazim Mukhaffaf Kalimi di baca panjang 6 harakat.
  • Contoh – contoh Mad Lazim Mukhaffaf Kalimi


Mad Lazim Muthaqqal Harfi

Mad Lazim Muthaqqal Harfi : mad yang terdapat pada huruf-huruf tertentu yang di eja di permulaaan surah , dan dari suara ejaan tersebut terdapat mad yang di ikuti mim atau nun sukun dan kemudian bertemu dengan mim.
Huruf-hurufnya adalah:

  • Mad Lazim Muthaqqal Harfi di idghamkan dan di baca panjang 6 harakat.
  • Contoh – contoh Mad Lazim Mukhaffaf Kalimi

 

Mad Lazim Mukhaffaf Harfi

Mad Lazim Mukhaffaf Harfi : terjadi apabila membaca huruf-huruf tunggal yand di eja (di baca nama hurufnya) pada awal surah-surah dalam Al-Qur’an.
Huruf-hurufnya adalah:

  • Mad Lazim Mukhaffaf Harfi Kadar panjang bacaannya: 6 harakat dan tidak disertai dengan Idgham kecuali huruf ع yang boleh dibaca dengan 4 atau 6 harakat.
  • Contoh – contoh Mad Lazim Mukhaffaf Kalimi